Saturday 17 December 2011

Weekend Husband/Father.....?

 
Bismillahirrahmanirrahim....

Lama dah aku nak tulis entri tajuk ni, sekarang baru ada kekuatan.
1 Mei 2011 bermulalah secara 'official' aku jadi 'weekend husband', menyertai rakan-rakan seperjuangan lain di PFK. Walaupun bukan persatuan yang berdaftar,namun 'weekend husband group' PFK telah beroperasi dengan efektif dan jayanya. Setiap ahli mampu membentuk persefahaman antara satu sama lain.

'Credit goes to' Arif, Syed Fazal, Ismail, Amir Hakim dan Ghazni (exPFK) yang sentiasa membantu ku. Semalam (Jumaat) pun, Amir Hakim 'drive' direct dari Gurun ke KL. Sori la aku duduk di 'seat' belakang agak kurang produktif, beberapa kali tertidur akibat kepenatan.

'By default' begitulah rutin kami setiap hari Jumaat, tepat jam 5petang semua akan bergegas meninggalkan 'office'/plant. Cepat bertolak, cepatla sampai KL. Faktor cuaca, kesesakan jalan raya dan halangan-halangan lain pun perlu diambil kira. Yang penting, sempat kejar tren LRT terakhir di KL Sentral. Di situlah semua penumpang akan turun dan meneruskan arah perjalanan masing-masing.

Ahad malam berkumpul lagi di sini, untuk perjalanan pulang ke Gurun.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan....sehingga takdir Allah mengizinkan ku 'transfer' kerja di KL inshaAllah.

Ameen. Ya Rabbal 'Alameen.

Wednesday 14 December 2011

Ombak Rindu 2.....




Bismillahirrahmanirrahim.....

Rindunya Abi pada kalian bertiga. Rindu yang bisa menitiskan air mata, namun Abi harus kuat...sebab ada orang kata buruk kalau orang lelaki menangis :-)

Abang (anak kami yang sulung berumur 7 tahun) sudah  mahir menggunakan handphone. Bila berjauhan, boleh dikatakan setiap hari sms aku bertanya "abi buat apa?".....dan aku akan membalas sesegera yang aku mampu untuk tidak menghampakannya. Dan ada ketika aku akan sms bertanya "abang dah solat?".......jikalau sunyi sepi tiada jawapan, itu tandanya dia belum solat. Kanak-kanak sukar untuk menipu. Jadi, aku akan 'call' untuk 'convince' kan dia supaya segera solat.

Pernah sekali ketika bersama Abang di dalam kereta, aku saja 'test' satu soalan. "Abang...kenapa kita mesti solat?'

Dengan 'confidence' dia menjawab...."Sebab Allah suruh la Abi...takkan tu pun Abi tak tahu....." Erkk...telan air liur jugak aku dengar jawapan tu, dan tanpa disedari air mataku mengalir di pipi. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah. Maknanya, pendidikan yang aku dan isteri terapkan kepada anak-anak mula menampakkan hasilnya.
Yang penting, Abang faham bahawa solat itu adalah kewajiban dari Allah, bukannya solat sebab Abi atau Ummi yang suruh.

Kakak (anak kami yang kedua berumur 5 tahun) sangat petah bercakap. Cakap macam orang besar dan kadang-kadang aku dan isteri juga kagum dengan 'vocab' dia.
Satu ketika, Kakak bersuara "Abi....cinta pada Allah tu nombor 1 kan? cinta pada manusia tu nombor 2 kan?" Aku menyahut " betul, pandai kakak....cinta kepada Allah, Rasul dan Islam nombor 1. Kita cinta pada manusia pun kerana Allah"

Honey (panggilan manja anak kami yang bongsu berumur 2 tahun) adalah kombinasi Abang dan Kakak. Cepat je dia 'duplicate' abang dan kakaknya...dalam semua aspek.
Dia pun nak bersuara dan bertanya walaupun masih pelat " Abi.....Allah tu baik kan? Syaitan tu jahat kan?"
Sambil tersenyum aku membalas " Good girl....betul! Allah tuhan kita dan syaitan jahat suka kacau manusia..."

Teringat aku pada kisah Luqman, sebagaimana digambarkan dalam Al-Quran (surah Luqman : ayat 13-19);

" Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (ayat 13 )

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (ayat 14)
 

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (ayat 15)

Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (ayat 16)


Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (ayat 17)

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(ayat 18)


Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (ayat 19)


Wahai putera-puteri Abi dan Ummi. Ingatlah semua pesan di atas. 
Dan.....doakanlah kesejahteraan Abi dan Ummi dunia akhirat.
We LOVE you all !!!

Tuesday 13 December 2011

Ombak Rindu 1.........




Bismillahirrahmnirrahim....

Tabahkan hatiku Ya Allah, setabah hati Nabi Ayub dalam menghadapi ujianMu.
Tinggal berjauhan dari keluarga tercinta, aku di Kedah manakala isteri dan anak-anak di Kuala Lumpur.....menuntut pengorbanan dan kekuatan yang luar biasa...'mentally and psychologically'.

Tanpa ku sedar, aku telah dilanda Ombak Rindu......
Sudah tentu insan pertama itu ialah isteriku yang tercinta - 'the chosen one'
Aku terima nikahnya...26 Disember lapan tahun yang lalu dan cinta, kasih, sayang, rindu ku padanya tetap seperti dulu bahkan semakin hari semakin subur. Alhamdulillah. Subhanallah.

Isteriku yang kurindui selalu,
Di jalan Allah kita menikah, dan semenjak saat itu aku menerimamu di hatiku dengan penuh kesyukuran...dan menerimamu seadanya. Aku sedar tiada insan yang sempurna, kerana sifat kesempurnaan itu hanyalah milik Sang Pencipta.

Isteriku yang kucintai selalu,
Terima kasih atas segalanya....terlalu banyak untukku 'list'kan. Terlalu banyak pengorbananmu terhadapku. Hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang setimpal. Cukuplah aku katakan - aku sangat bahagia di sisimu. Segala badai dan rintangan kan kita hadapi bersama inshaAllah. Kita panjatkan doa, mohon taufiq dan hidayahNya......

Lagu ini ku tujukan khas buatmu, zawjati - My Wife ;


“Berbuat baiklah terhadap isteri kalian, kerana wanita tercipta dari tulang rusuk. Sesungguhnya bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Jika engkau hendak meluruskannya, maka akan mematahkannya, dan jika engkau biarkan, maka ia tetap bengkok. Untuk itulah, berbuat-baiklah kalian kepada isteri-isteri.” (HR. Muttafaq’Alaih)
 
Allahu Akbar Walillahilhamd....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Ilahi....akhirnya salah satu 'Key Performance Indicator' ku untuk tahun 2011 ini tercapai.

Ku ikhlaskan niat, Lillahi Ta'ala.
Moga istiqomah dan bermanfaat buat diri sendiri serta orang lain.
Ku doakan juga agar menjadi saham akhirat (ilmu yang bermanfaat).

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Allahu Akbar Walillahilhamd....