Saturday 17 December 2011

Weekend Husband/Father.....?

 
Bismillahirrahmanirrahim....

Lama dah aku nak tulis entri tajuk ni, sekarang baru ada kekuatan.
1 Mei 2011 bermulalah secara 'official' aku jadi 'weekend husband', menyertai rakan-rakan seperjuangan lain di PFK. Walaupun bukan persatuan yang berdaftar,namun 'weekend husband group' PFK telah beroperasi dengan efektif dan jayanya. Setiap ahli mampu membentuk persefahaman antara satu sama lain.

'Credit goes to' Arif, Syed Fazal, Ismail, Amir Hakim dan Ghazni (exPFK) yang sentiasa membantu ku. Semalam (Jumaat) pun, Amir Hakim 'drive' direct dari Gurun ke KL. Sori la aku duduk di 'seat' belakang agak kurang produktif, beberapa kali tertidur akibat kepenatan.

'By default' begitulah rutin kami setiap hari Jumaat, tepat jam 5petang semua akan bergegas meninggalkan 'office'/plant. Cepat bertolak, cepatla sampai KL. Faktor cuaca, kesesakan jalan raya dan halangan-halangan lain pun perlu diambil kira. Yang penting, sempat kejar tren LRT terakhir di KL Sentral. Di situlah semua penumpang akan turun dan meneruskan arah perjalanan masing-masing.

Ahad malam berkumpul lagi di sini, untuk perjalanan pulang ke Gurun.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan....sehingga takdir Allah mengizinkan ku 'transfer' kerja di KL inshaAllah.

Ameen. Ya Rabbal 'Alameen.

2 comments:

  1. Bat ko travel seminggu 10 jam.

    aku travel seminggu 15 jam.

    kehkehkeh..

    ReplyDelete
  2. FdausAmad: Yess Encik Bote...Tuan lebih banyak berkorban daripada saya!Setiap orang Allah uji sesuai dengan kemampuannya.

    Keep our head held high...inshaAllah we'll find the way :)

    ReplyDelete